Pattani Tuntutan Rakyat - Zaman kemajuan sekarang telah tidak ada lagi pintu besi yang
mentutupinya, perubahan di alam fikiran setiap anak manusia dibutuh
dengan bahan bacaan dari hasil olah fikiran yang hidup, dengan syarat
berpijak pada pengetian ilmu pengetahuan, andai kata masih ada lagi
pintu besi yang mentutupi kemajuan berfikir, tentu akan terdapat kaum
dijajah itu, akan tidak jauh seperti katak dalam tempurung.
Melayu
yang benar Melayu dengan wajar/lazim akan faham dengan bahasa Melayu,
yaitu bahasa nenek moyangnya sendiri, bahasa kepribadian hidupnya
sendiri, bahasa yang diajarkan oleh ibunya semenjak berada dalam
kandungan/perut, Melayu tak faham bahasa Melayu sungguh kepribadian yang
tidak elok/indah budi, lebih-lebih lagi yang tidak tahu hulu dan hilir
tentang Melayu, pada hal zaman telah berubah, wajah dunia telah menjadi
jalan raya milik fikiran progresif dan semangat berbangsa sejati,
sedangkan kaum bangsa Malaysia, Indonesia, Brunai Darussalam, Vietnam
dan lainnya di daratan ASEAN, telah jauh pergi kemuka, kerana telah
mengusai ilmu pengetahuan dan teknologi, Melayu Patani masih mencari
diri, apalagi bagi jenis hawa.
Dapat kita umpamakan
seorang perempuan yang tertidur lena, dengan tidak berkerja perkerjaan
rumah dan tidak perhati perkembangan anak-anaknya, sangat-sangat lah
kurang patut bila terjadi sedemikian.
Di dalam zaman
kebangkitan bangsa melayu Patani sekarang, nampaknya kaum jenis Hawa,
tidak begitu bersuara seperti seorang Ibu yang sedang panggil-panggil
anaknya di waktu petang hari, barangkali suara mareka masih seperti
berada di hutan raya, yang banyak dengan pohon-pohon berbatang besar dan
ranting-ranting panjang, juga berdaun lebat, barangkali juga suara
ditutupi oleh binatang-binatang kecil yang berani lantang bersuara,
dengan mengikuti bentuk ukuran besar dan kecil, dengan semangat percaya
diri pada diri masing-masing dalam bersuara di hutan raya.
Pemimpin Thailand/Siam Berwajah Manis Penuh Percaya Diri
Pada
tahun 2012 mengikut hitungan tahun Masehi, keadaan kaum jenis Hawa di
Patani nampaknya tak banyak bergerak diri, sedangkan salah satu kaum
jenis Hawa milik musuh Bangsa Patani itu, telah menjadi seorang Pemimpin
Negara, kaum jenis Hawa Patani entah berada dalam fikiran yang sempit,
entah tiada ilmu, entah sibuk bersenang diri dengan mempercantikan diri
dalam perlombaan menjadi bintang harga tinggi dari lamaran kaum Adam,
padahal kaum jenis Adam di Patani yang berkepribadian dan berilmu, telah
banyak menjadi pembela Agama, Bangsa dan Negara, malahan tidak sedikit
telah menjadi Syuhada’dalam perang adil.
Tulisan ini hanya
memberi renungan dan olahan fikiran, untuk mencari-cari akar untuk
tumbuh bagi kaum jenis Hawa di Patani, dengan harapan satu hari akan ada
kebangkitan bagi kaum jenis Hawa Patani, oleh satu syarat sederhana
dari sekarang, yaitu telah ada rasa dalam sanubari dan suluhan dari
fikiran untuk bangkit.
Laksamana Malahayati Pemimpin Perang Kerajaan Aceh
Lepas
generasi gangti generasi, lewat zaman datang zaman baru, berlalu
sejarah lahir pengukir sejarah, hujan reda nampak langit, jatuh bunga ke
bumi bangkit bunga baru, Semoga-moga akan terjadi kebangkitan lagi kaum
Hawa di Patani nanti, dengan semangat ratu-ratu Patani dahulu yang
berani memimpin kerajaan Patani pada zaman dahulu kala.
By: Kedai Kopi